Sunday, April 12, 2009

AS tidak akan perangi Islam - Obama




ANKARA (TURKI) – “Amerika Syarikat (AS) bukan berperang dan tidak akan sama sekali berperang dengan Islam,` tegas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, selepas melakukan lawatan ke negara ini.

Menurut beliau, hubungan Amerika dengan dunia Islam `bukan hanya bagi kempen memerangi pengganasan, tetapi berdasarkan kepentingan bersama dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

`Kami telah memulakan proses Amerika Syarikat berbincang semula dengan (masyarakat) dunia,` kata jurucakap akhbar Rumah Putih, Robert Gibbs, kepada pemberita.

Obama yang menggantikan George Bush sebagai Presiden AS dilihat cuba menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan negara Islam selain membina imej AS yang lebih mesra berbanding pentadbiran terdahulu.

Sebelum ini, beliau juga menyatakan hasrat untuk menjalin semula hubungan dengan bekas ‘musuh’ AS, Iran, yang turut tidak menolak kerjasama antara mereka.

No comments:

Post a Comment