Sunday, April 12, 2009

Kapal perang Amerika tiba di perairan Somalia





MOGADISHU: Kapal perang Amerika Syarikat, USS Bainbridge, tiba di perairan Somalia, lokasi sebuah kapal kargo dirampas lanun sehari sebelumnya dan menjadikan kapten Maersk Alabama sebagai tebusan.

Anggota krew Amerika Syarikat berjaya merampas semula kapal mereka, tetapi lanun masih menawan kapten sebagai tebusan.


"Bot lanun berkenaan terapung berhampiran Maersk Alabama," kata pemiliknya.

Sekurang-kurangnya enam kapal lagi dikatakan sedang menuju ke lokasi kejadian. Kapal berkenaan dirampas kira-kira 500 kilometer di luar perairan Somalia.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, berkata kerajaan memantau rapi keadaan itu dan menggesa dunia bertindak untuk menamatkan pelanunan.

Terdahulu, organisasi media menghubungi anggota krew kapal berkenaan untuk mendapatkan maklumat mengenai pergelutan mereka melawan lanun.

Seorang krew, Ken Quinn, memberitahu stesen Cable News Network (CNN) bagaimana krew berjaya menumpaskan salah seorang lanun dan mengikatnya selama 12 jam.

Dalam cubaan untuk berunding bagi membebaskan kapten yang dinamakan sebagai Richard Phillips, mereka melepaskan lanun yang ditangkap, tetapi kumpulan itu enggan membebaskan Phillips.

"Buat masa ini mereka menawan kapten kami untuk mendapatkan tebusan dan kami cuba membebaskan beliau. Kini, kami menawarkan apa yang kami mampu � makanan tetapi keadaan tidak berjalan lancar," kata Quinn.

Katanya, penyerang melarikan diri dengan bot keselamatan dan anggota krew menggunakan radio untuk terus berhubung dengan Phillips.

Dunia memberi tumpuan kepada kegiatan lanun Somalia tahun lalu selepas beberapa kejadian rampasan bekalan senjata api dan kapal tangki Arab Saudi.

Pada masa ini, kapal tentera daripada 12 negara meronda di perairan Somalia.

Bagaimanapun, penganalisis berpendapat, lanun akan terus bergiat kerana wang tebusan diminta yang terus diberikan kepada mereka. � Agen

No comments:

Post a Comment