Monday, April 13, 2009

Jolie, Pitt ambil anak angkat Filipina?




LOS ANGELES - Selepas berhadapan pelbagai masalah untuk mengambil anak angkat warga Myanmar, pasangan selebriti Brad Pitt dan Angelina Jolie (gambar) kini beralih arah ke Filipina, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan yang bercinta selepas berlakon dalam filem Mr. & Mrs. Smith itu didakwa mahu mengambil seorang bayi dari Filipina.

Jolie, 33, dipercayai meluangkan masa untuk ke Manila baru-baru ini walaupun sedang sibuk menjalani rakaman filem terbarunya, Salt.

Pesawat peribadi pasangan tersebut dilapor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Ahad lalu sebelum berlepas ke New York pada pagi Isnin.

Jolie dijadual menjalani rakaman filem tersebut di New York kelmarin.

Menurut satu sumber, Pitt dan Jolie membatalkan hasrat untuk mengambil seorang bayi Myanmar berikutan peraturan negara itu terlalu ketat.

Sementara itu, jurucakap pasangan tersebut ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Pitt dan Jolie mempunyai tiga anak angkat dan tiga anak kandung iaitu, Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan pasangan kembar Knox Leon serta Vivienne Marcheline.

No comments:

Post a Comment